Ajal dipanah petir ketika hendak pergi kerja  - Utusan Malaysia

Ajal dipanah petir ketika hendak pergi kerja 

Dipanah petir
ORANG ramai membantu mengawal lalu lintas susulan seorang penunggang motosikal maut akibat dipanah petir dekat Kampung Seri Cheeding, di Kuala Langat, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Perjalanan seorang pekerja kilang ke tempat kerjanya berakhir tragedi apabila dipanah petir dekat Kampung Seri Cheeding, Sungai Jarom, di sini, ketika menunggang motosikal dalam perjalanan ke tempat kerja, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.20 petang itu, mangsa seorang lelaki berusia 50 tahun maut ditempat kejadian dengan kesan cedera di leher, lebam pada bahagian perut dan peha akibat tercampak kira-kira 50 meter selepas dipanah petir.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Saleh berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal dalam perjalanan ke sebuah kilang di Bandar Mahkota Banting. 

“Mangsa yang tidak sedarkan diri diangkat dan diletakkan di tepi jalan oleh orang awam yang melalui kawasan tersebut sebelum menghubungi talian kecemasan. Terdapat dua lubang kesan panahan petir di permukaan jalan raya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, jarak antara lokasi kejadian dan tempat kerja mangsa adalah kira-kira 15 kilometer.

Dalam pada itu, Ahmad Ridhwan memakumkan, tiada unsur jenayah pada fizikal mangsa dan tempat kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut selepas bedah siasat telah dijalankan ke atasnya semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya