Agong ketua negara pertama hadiri pertabalan Raja UK - Utusan Malaysia

Agong ketua negara pertama hadiri pertabalan Raja UK

YANG di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat menghadiri ke Istiadat Pertabalan Raja United Kingdom (UK).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah merupakan ketua negara Malaysia pertama berangkat menghadiri ke Istiadat Pertabalan Raja United Kingdom (UK).

Menurut Istana Negara, Seri Paduka dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menghadiri Istiadat Pertabalan itu yang berlangsung di Westminster Abbey, semalam.

“Kali terakhir istiadat yang sama diadakan adalah 70 tahun lalu, ketika Ratu Elizabeth II ditabal menjadi ketua negara UK pada 2 Jun 1953. Ketika itu, Tanah Melayu (kini Malaysia) masih belum merdeka dan institusi Yang di-Pertuan Agong belum lagi wujud.

“Mengikut rekod sejarah, ketika istiadat pertabalan Ratu Elizabeth II, Sultan Kelantan, Sultan Johor, Sultan Selangor dan Sultan Perak berkenan berangkat mewakili Tanah Melayu, yang ketika itu masih lagi tertakluk di bawah pentadbiran British sebagai negara koloni, ke istiadat pertabalan berkenaan,” menurut hantaran di Facebook, malam tadi.

Semalam, Utusan Online melaporkan, Raja Charles III ditabalkan sebagai Raja Britain di Westminster Abbey sekali gus menandakan permulaan simbolik era kerajaan baharu di Britain.

Raja Charles III menggantikan bondanya, Ratu Elizabeth II yang mangkat pada 8 September 2022 lalu pada usia 96 tahun.

Ratu Elizabeth II merupakan pemerintah Britain yang paling lama menduduki takhta itu dan menjadi raja kedua lama dalam sejarah Eropah selepas Raja Louis XIV di Perancis. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya