Agong hadiri upacara pertabalan Raja Charles III di London

Agong hadiri upacara pertabalan Raja Charles III di London

AL-SULTAN ABDULLAH RI’AYATUDDIN AL-MUSTAFA BILLAH SHAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengadakan lawatan khas ke London, Britain yang bermula hari ini.

Menurut kenyataan Wisma Putra, turut serta dalam lawatan itu ialah pasangan Seri Paduka Baginda, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

“Baginda berdua dijemput hadir oleh Raja Charles III bagi menghadiri upacara pertabalan pemerintah United Kingdom tersebut di Westminster Abbey pada Sabtu ini,” jelasnya.

Raja Charles III yang turut merupakan raja untuk 14 buah negara Komanwel lain, telah menggantikan bondanya, Ratu Elizabeth II yang telah mangkat pada 8 September 2022 lalu.

Pemerintah Britain yang paling lama menduduki takhta itu mangkat dalam usia 96 tahun dan menjadi raja kedua lama dalam sejarah Eropah selepas Raja Louis XIV di Perancis.

Upacara penghormatan terakhir mendiang termasuk sesi istiadat pemakaman negara juga dihadiri oleh Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah Aminah yang mewakili Malaysia.

Ratu Elizabeth III semasa hayatnya pernah melawat Malaysia pada 1972 diikuti Mesyuarat Ketua Kerajaan Komanwel ke-11 pada 1989 dan Sukan Komanwel ke-16 pada 1998.

Mengulas lanjut, Wisma Putra berkata, pasangan diraja berkenaan turut berkenan untuk menghadiri Majlis Resepsi yang dihoskan Baginda Raja Charles III di Istana Buckingham.

“Lawatan khas ini adalah amat signifikan dalam konteks penyatuan hubungan sedia ada serta akrab yang dikongsi antara Malaysia dan Britain,” jelas kenyataan berkenaan lagi.

Tambahan pula ujarnya, ia meliputi jalinan antara institusi diraja dua negara serta ikatan dalam Pertubuhan Komanwel yang disertai Malaysia sejak mencapai kemerdekaannya.

Sehubungan itu, lawatan khas kali ini turut menzahirkan kepentingan hubungan erat dua negara bekerjasama dalam pelbagai bidang yang disokong kukuh pemerintahan tertinggi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya