Agihan Bakul Rahmah fasa pertama selesai Jun - Utusan Malaysia

Agihan Bakul Rahmah fasa pertama selesai Jun

SALAHUDDIN Ayub (kanan) melepaskan Lori Rahmah peringkat negeri Terengganu di UniSZA, Kuala Nerus, Terengganu, petang ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Pengagihan Bakul Rahmah fasa pertama kepada 130,000 Ketua Isi Rumah (KIR) di seluruh negara yang bernilai RM13 juta dijangka selesai menjelang Jun depan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, seramai 80,000 KIR telah menerima sumbangan Bakul Rahmah sejak dilancarkan pada 27 Februari lalu.

Menurutnya, inisiatif tersebut diperkenalkan untuk membantu golongan miskin tegar dan kurang berkemampuan untuk mendapatkan bantuan makanan serta keperluan asas dalam mendepani kos sara hidup.

“Inisiatif ini selaras dengan ‘Rahmah For All’, Rahmah untuk semua, asalkan mereka (penerima) dalam katetogi golongan miskin tegar,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis pelepasan Lori Rahmah peringkat negeri Terengganu di Driving Range Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di sini, petang ini.

Sebanyak 1,600 Bakul Rahmah akan diagihkan kepada kumpulan sasar yang terlibat di sekitar Kuala Terengganu dengan kerjasama Yayasan Global Mesra (YGM) bermula hari ini.

Setakat ini, empat inisiatif di bawah Program Payung Rahmah telah diperkenalkan di bawah KPDN iaitu Jualan Rahmah, Pakej Rahmah, Kafe Rahmah dan Menu Rahmah.

Setiap inisiatif ini adalah signifikan dan selari dengan konsep Madani yang mengutamakan kesejahteraan kepada rakyat dengan elemen kasih sayang dan kebajikan tanpa diskriminasi.

Salahuddin memberitahu, agihan fasa kedua dan ketiga Bakal Rahmah kepada golongan sasar akan diteruskan selepas Jun depan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya