ADUN Limbahau kini ahli GRS

ADUN Limbahau kini ahli GRS

JUIL Nuatim (dua kanan) menyerahkan permohonan menyertai GRS kepada Hajiji Noor (dua kiri) sambil disaksikan oleh Jeffrey Kitingan (kiri) dan Joachim Gunsalam (kanan) di Kota Kinabalu hari ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Limbahau, Datuk Juil Nuatim yang mengumumkan keluar daripada Parti Demokratik Masyarakat (KDM) pada Ahad kini menjadi ahli langsung Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Permohonan bekas Timbalan Presiden KDM itu untuk menyertai GRS diterima oleh Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor hari ini.

Perkara itu diumumkan oleh Setiausaha Agung GRS, Datuk Seri Masidi Manjun dalam satu kenyataan hari ini.

Hadir sama menyaksikan penyertaan ADUN Limbahau itu ke dalam GRS adalah Presiden Parti Solidariti Tanah Airku, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan dan Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam.

Pada Ahad, Juil mengumumkan keluar dari KDM dan melepaskan semua jawatan yang dipegang dalam pimpinan parti yang diterajui oleh Datuk Peter Anthony sebagai Presiden.

Juil memenangi kerusi DUN Limbahau di bawah tiket Parti Warisan (Warisan) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2020 sebelum bertindak keluar dari Warisan pada 28 Disember 2021.

Kemudian, beliau menyertai KDM apabila Peter Anthony menubuhkan parti tersebut pada Februari tahun lalu.

Sebelum ini, Juil menyatakan akan menyokong kerajaan negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor. Keputusan keluar dari KDM dibuat setelah mengambil kira keperluan membawa masuk pembangunan di kawasan DUN Limbahau.

ADUN Limbahau itu dipercayai mengambil langkah tersebut susulan keputusan kerajaan negeri membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti pada persidangan DUN kali ini. RUU berkenaan dijadualkan dibentang pada Khamis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya