PETALING JAYA: Pelakon, Datuk Aaron Aziz bengang dengan penulis blog yang mereka-reka tajuk berita palsu yang mendakwa kononnya dirinya sudah ‘meninggal dunia’.
Aaron atau nama lengkapnya Aaron Mustapha Aziz berkata, dirinya sudah menjadi mangsa fitnah buat kali ketiga tahun ini.
Tegasnya, dia juga bimbang dengan penularan berita tersebut kerana akan mengganggu emosi anak-anaknya yang berada di luar negara.
“Kalau tak baca betul-betul, nampak macam kali kedua saya ‘dimeninggalkan’ oleh blog-blog sedih seperti ini.
“Kali ketiga saya difitnah tahun ini. Apa masalah mereka? Adakah anda fikir ini adalah satu jenaka? Anak saya dua orang di luar negara dan negeri. Tolonglah fikir cara lain hendak promosi portal anda,” luahnya menerusi Instagram, sebentar tadi.