79 penumpang, kru cemas feri terbakar - Utusan Malaysia

79 penumpang, kru cemas feri terbakar

KEADAAN feri yang terbakar di pesisir pantai Pulau Bidong, Kuala Terengganu, petang tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seramai 79 penumpang dan kru cemas apabila feri dinaiki mereka terbakar di pesisir pantai Pulau Bidong, dekat sini, petang tadi.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan  Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Terengganu, Kepten (M) Mohd. Khairulanuar Abd. Majid berkata, kejadian itu berlaku ketika feri tersebut dalam perjalanan dari Pulau Redang ke Terminal Taman Taman Islam (TTI) di sini pada pukul 2.40 petang.

Menurut beliau, Maritim Malaysia Terengganu menerima laporan tentang kebakaran yang melibatkan feri berkenaan oleh Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) di Kuantan.

“Sejurus menerima maklumat, bot Perkasa 1248 dan bot Pengawal 16 yang sedang melakukan rondaan di perairan berhampiran dikerah ke lokasi bagi menyelamat mangsa terlibat,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, sebentar tadi.

Beliau memberitahu, ksemua 79 mangsa feri terbabit kemudian berjaya diselamatkan sebelum dipindahkan ke feri Laguna P8 milik Laguna Redang Resort.

Bagaimanapun, katanya, punca kebakaran yang melibatkan feri tersebut masih dalam siasatan.

“Orang ramai yang ingin melakukan aktiviti di laut dinasihatkan agar sentiasa menitikberatkan aspek keselamatan,” katanya.

Tambah beliau, orang ramai boleh melaporkan sebarang kecemasan di laut di talian Malaysian Emergency Response Services (MERS) 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri, 09-6223657. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya