7,878 kesalahan jalan raya dalam Op HRA 2023 - Utusan Malaysia

7,878 kesalahan jalan raya dalam Op HRA 2023

Op HRA
ANGGOTA JPJ Selangor melakukan pemeriksaan dalam OP HRA 2023 di sekitar Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sebanyak 7,878 kesalahan yang dikesan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor sepanjang Operasi Hari Raya Aidilfitri 2023 (Op HRA 2023), baru-baru ini.

Pengarah JPJ Selangor, Datuk Khairul Khar Yahya berkata, daripada jumlah tersebut, kesalahan yang paling tinggi dicatatkan adalah tidak mempunyai lesen memandu iaitu sebanyak 2,650 kes.

“Antara alasan yang diberikan oleh pesalah ini adalah terlupa lesen telah habis tempoh, harga lesen yang terlalu mahal dan masa belajar lesen yang terlalu lama.

“Bagi kami, kesemua alasan yang diberikan pesalah ini tidak dapat melepaskan diri mereka daripada dikenakan tindakan undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Selain pemandu di kalangan orang awam, Khairul Khar memaklumkan bahawa pihaknya turut membuat pemeriksaan ke atas pemandu bas ekspres dalam operasi sepanjang seminggu itu.

Menurutnya, seramai 56 pemandu bas dikenakan tindakan undang-undang atas kesalahan seperti memandu sambil bercakap telefon bimbit, menggunakan lorong kecemasan, memandu melebihi had laju dan sebagainya.

“Selain rondaan serta penyamaran anggota, JPJ Selangor turut menggunakan kamera aksi pengawasan (EAC) dalam Op HRA 2023. Dengan menggunakan EAC, sebanyak 353 kesalahan dilakukan pengguna jalan raya yang berjaya dikesan,” jelasnya.

Selain tindakan undang-undang, pihaknya turut menyita 210 kenderaan milik persendirian dan syarikat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya