6 fakta Coldplay - Utusan Malaysia

6 fakta Coldplay

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEMINAT tidak keruan sebaik sahaja band terkenal dunia, Coldplay, pada 12 Mei lalu mengumumkan penganjuran konsert di negara ini pada November depan.

Susulan itu, tiket konsert Coldplay: Music Of The Spheres World Tour di Kuala Lumpur yang dijual 16 Mei lepas ‘licin’ kurang lima jam. Keadaan tersebut membuktikan betapa tidak sabarnya peminat terhadap konsert yang bakal diadakan di stadium Nasional Bukit Jalil itu.

Sempena kehangatan masyarakat Malaysia menghitung detik menjelang hari istimewa itu nanti, Mingguan Malaysia dalam ruangan kali ini berkongsikan fakta-fakta menarik tentang kumpulan tersebut.

TUKAR NAMA TIGA KALI

COLDPLAY bermula di sebuah universiti di London sekitar 1996 dan bergerak dengan dua anggota iaitu vokalis, Chris Martin dan Jonny Buckland (gitaris). Kumpulan itu pada awalnya dikenali sebagai Pectoralz. Nama kumpulan itu kemudian ditukar kepada Star sh dengan penambahan pemain bass, Guy Berryman. Pada 1998, pemain dram, Will Champion menyertai tiga anggota lain yang akhirnya menamakan kumpulan tersebut sebagai Coldplay. 

YELLOW PAGES

LAGU Yellow yang meletop pada tahun 2000 mendapat nama daripada Yellow Pages ketika Martin terpandang buku itu sewaktu sedang memikirkan tentang nama yang sesuai untuk lagu berkenaan. 

SEMBILAN JUTA, 24 JAM

LAGU Something Just Like This, yang menjadi projek kolaborasi pertama dengan kumpulan The Chainsmokers mencatat sejarah apabila diiktiraf sebagai lagu paling banyak dimainkan di platform digital, iaitu sebanyak lebih sembilan juta kali dalam tempoh 24 jam. 

XYLOBAND 

COLDPLAY merupakan kumpulan yang memperkenalkan Xyloband, sebuah gelang bercahaya yang bertukar warna mengikut lagu. Gelang tersebut mula digunakan pada konsert Mylo Xyloto Tour pada 2012. Xyloband selepas diperkenalkan Coldplay, mula digunakan secara meluas dalam penganjuran konsert dan persembahan. 

LONDON TUBE 

CHRIS Martin gemar menaiki pengangkutan awam bagi mengelakkan kesesakan tra k untuk ke lokasi persembahan. Penyanyi itu pernah bersesak-sesak dengan orang awam menaiki perkhidmatan tren, London Tube untuk ke lokasi konsert Coldplay. Tidak seorang pun penumpang tren tersebut mengenalinya ketika itu.

PENCALONAN BRIT AWARD TERBANYAK 

COLDPLAY juga merupakan pemegang rekod bagi band paling banyak menerima pencalonan Brit Award, dengan 30 pencalonan secara keseluruhannya. Daripada jumlah tersebut, sebanyak sembilan anugerah dimenangi kumpulan itu termasuk British Group dan British Album of The Year yang dirangkul mereka pada 2011.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya