50 ‘sumandak’ rebut gelaran Unduk Ngadau Kaamatan - Utusan Malaysia

50 ‘sumandak’ rebut gelaran Unduk Ngadau Kaamatan

KESEMUA 50 peserta Unduk Ngadau Kaamatan yang akan berentap di pentas akhir gelaran Ratu Unduk Ngadau Kaamatan (UNK) 2023.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Pempengaruh media sosial antara 50 jelitawan yang akan bertanding merebut gelaran Ratu Unduk Ngadau Kaamatan (UNK) 2023 yang diadakan hari ini di Dewan Hongkod Koisaan, KDCA Penampang.

Pempengaruh, Viru Nikah Terinsip atau lebih dikenali sebagai Duyung Darat yang mewakili Johor antara peserta yang akan beraksi di pentas akhir Unduk Ngadau itu.

Terdapat juga peserta tahun-tahun sebelumnya mencuba nasib untuk kali ini iaitu Unduk Ngadau mewakili Melaka, Christine Joan dan Unduk Ngadau Kinabatangan, Chellyana Tensu.

Chellyana, 24, yang berasal dari Pitas menyertai pertandi­ngan itu di peringkat Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) namun hanya berjaya meraih tempat empat terbaik.

Kemudian, dia menyertai pertandingan Unduk Ngadau di Kinabatangan dan berjaya muncul sebagai juara bagi mewakili daerah berkenaan.

“Saya menyertainya kerana ia memberi ruang peserta membantu mempromosikan budaya masyarakat Kadazan, Dusun, Murut dan Rungus,” katanya.

Peserta bakal mengambil alih gelaran UNK daripada penyandang, Frene­ritta Sobitun yang dinobat Unduk Ngadau 2022.

Pada Malam Gala UNK 2023 yang dihadiri isteri Yang Dipertua Negeri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni dan isteri Ketua Menteri, Datin Seri Julia Salag malam kelmarin, tujuh gelaran sampi­ngan diumumkan.

Antara gelaran itu adalah Tati Tosuau (Miss Friendly) dimenangi Devegracy Justin (Likas) yang juga memenangi gelaran Tati Toonong; Tati Topiodo (Miss Natural Beauty) dimenangi Adelyn A. Tillon (Karambunai) dan Busana Terbaik diperagakan oleh Calby Floresa Dolinting (Kota Marudu). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya