KUALA LUMPUR: Lima individu dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan menculik seorang jurujual melibatkan wang tebusan RM1.12 juta, bulan lalu. Suhaimi Mat Zin, 41; Wong Guo Song, 33; Yong Zi Hui, 25; Zulkarnain Ramli, 46, dan Muhammad Azam Hatan, 32, menyatakan faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Wong Chai Sia. Tiada pengakuan direkodkan daripada kelima-lima tertuduh kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. Mereka didakwa menahan, menculik dan mengurung lelaki berusia 39 tahun itu kira-kira pukul 10.30 malam, 29 April lalu di Jalan Mesra…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya