3,917 iklan ah long diturunkan - Utusan Malaysia

3,917 iklan ah long diturunkan

POSTER dan iklan ah long yang diturunkan oleh pihak berkuasa menerusi Op Vulture di Ipoh hari ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Sebanyak 3,917 poster dan iklan ceti haram atau ah long yang digantung di beberapa tempat di sekitar bandar raya ini diturunkan oleh pihak berkuasa menerusi Op Vulture hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, operasi selama empat jam bermula pukul 8 pagi itu dijalankan dengan kerjasama Bahagian Penguatkuasa Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

Katanya, operasi bersepadu itu juga melibatkan Bahagian Siasatan Jenayah, Komersil dan Narkotik selain 25 balai polis di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh.

“Dalam operasi disertai 95 pegawai dan anggota polis serta 13 penguatkuasa MBI ini, kita telah menurunkan sebanyak 3,917 poster dan iklan pinjaman wang tanpa lesen.

“Kesemua poster dan iklan yang telah diturunkan itu akan diserahkan kepada pihak MBI untuk dilupuskan,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya