200 bomba bertugas sempena LIMA ‘23

200 bomba bertugas sempena LIMA ‘23

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bakal menempatkan seramai 200 pegawai dan anggota di Langkawi bagi melakukan persiapan rapi bersempena Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA ’23), hujung bulan ini.

Pengarah JBPM Kedah, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Sayani Saidon berkata, selain mereka yang berpangkalan di Kedah, pihaknya turut mendapatkan khidmat pegawai dan anggota dari Perlis, Pulau Pinang dan Putrajaya bagi memastikan segala perancangan dilaksanakan.

“JBPM akan lebih banyak terlibat dalam aspek mencari dan menyelamat (SAR). Fokus utama kami terbahagi kepada tiga perkara iaitu SAR di laut, darat dan udara.

“Sebanyak 20 peratus daripada pegawai dan anggota terlibat akan mula masuk ke Langkawi pada 17 Mei ini untuk melakukan persiapan awal selain membawa masuk pelbagai aset logistik. Selebihnya akan memasuki Langkawi pada 21 Mei,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sempena Majlis Rumah Terbuka JBPM Kedah yang dihadiri seramai kira-kira 1,000 pegawai, anggota serta ahli keluarga di Ibu Pejabat JBPM Kedah di Jalan Suka Menanti di sini, semalam.

LIMA ’23 bakal berlangsung pada 23 hingga 27 Mei ini dengan bertemakan Titik Perhubungan Perdagangan Maritim dan Aeroangkasa Asia. Kali terakhir pameran dwi tahunan itu dianjurkan adalah pada 2019.

Dalam pada itu, Sayani berkata, JBPM juga bersedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan berikutan peralihan monsun ketika ini.

“Dalam keadaan sekarang, dapat dilihat cuaca tidak menentu. Sekejap hujan dan sekejap panas. Bagaimanapun keadaan cuaca tidak terlalu ekstrim. Memang kadang kala berlaku kebakaran belukar akibat cuaca panas namun masih dalam kawalan dan bomba sentiasa bersedia,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya