15,000 pengunjung meriahkan Rumah Terbuka Malaysia Madani - Utusan Malaysia

15,000 pengunjung meriahkan Rumah Terbuka Malaysia Madani

ORANG ramai menyambut ketibaan Anwar Ibrahim pada Rumah Terbuka Malaysia Madani di UniSZA, Kuala Nerus, Terengganu. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Lebih 15,000 pengunjung hadir memeriahkan Rumah Terbuka Malaysia Madani yang diadakan di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di sini malam ini.

Orang ramai mula memenuhi pekarangan universiti itu untuk tidak ketinggalan memeriahkan sambutan rumah terbuka tersebut para seawal pukul 6 petang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim disambut meriah orang ramai sejurus tiba di universiti itu pada pukul 8.45 malam.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.

Pelbagai juadah istimewa disediakan untuk pengunjung yang datang seperti nasi minyak, ayam masak merah dan gulai daging, ketupat, lemang, rendang ayam, satar, akok, pulut lepa, tapai, keropok lekor, sate ayam dan daging serta pelbagai minuman.

Seorang kakitangan swasta, Nura Adilah Mustapha, 48, berkata, dia datang ke majlis rumah terbuka itu setelah pengumuman besar-besaran mengenainya diuar-uarkan oleh Jabatan Perdana Menteri serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), baru-baru ini.

“Ramai juga jiran yang turut datang bersama keluarga masing-masing kerana hendak merasai kemeriahan sambutan perayaan kerajaan Madani pimpinan Anwar.

“Selain itu, ini juga kesempatan paling bagus untuk memperkenalkan anak-anak saya yang sudah remaja dengan suasana hidup harmoni bermasyarakat,” katanya.

Seorang lagi pengunjung, Muhammad Danial Iqram Suffian, 21 berkata, dia dan tiga rakannya memang teruja datang ke rumah terbuka itu setelah menghadiri program Himpunan Rahmah Kepenggunaan Mesra Anak Muda ‘Ganu Kite’ yang berlangsung petang tadi.

“Selepas habis program itu, kami terus datang ke rumah terbuka ini dan terkejut kerana pengunjung sudah ramai walaupun baru pukul 6.30 petang, namun tetap seronok kerana makanan yang disediakan memang banyak dan menyelerakan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya