1,250 keturunan Wan Ismail berhimpun kali pertama

1,250 keturunan Wan Ismail berhimpun kali pertama

SEBAHAGIAN keturunan keluarga Wan Ismail yang berjaya dikumpulkan dalam perjumpaan khas buat julung kalinya di Kedai Buloh, Kota Bharu, Kelantan, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Hampir dua tahun tidak dapat berkumpul ekoran pandemik Covid-19, akhirnya pada tahun ini keluarga Wan Ismail di Kampung Kedai Buloh, Kota Bharu berjaya mengumpulkan 1,250 keturunan generasi keluarga itu dalam satu perjumpaan baru-baru ini.

Pengerusi Pertubuhan Keluarga Wan Ismail Kedai Buloh (Pewaris), Wan Zakaria Wan Ali, 78, berkata, perjumpaan keluarga generasi Wan Ismail buat pertama kali diadakan dan berjaya mengumpulkan empat generasi keluarga itu.

Katanya, empat generasi terbabit terdiri Wan Seman dengan 835 orang, Wan Endut 935 orang, Wan Ahmad 202 orang dan Wan Ali 790 orang, dan daripada jumlah itu yang datang kali ini hanya 1,250 orang sahaja.

“Perjumpaan seperti ini pernah dirancang sejak lebih lima tahun lalu, namun akhirnya dalam mesyuarat yang mengambil masa hanya dua bulan, pada kali ini akhirnya kita berjaya mengumpulkan 1,250 daripada 2,762 keluarga Wan Ismail yang berdaftar,” katanya kepada Mingguan Malaysia.

“Perjumpaan ini juga turut menghimpunkan keluarga dengan masakan gulai kawah yang disediakan oleh empat generasi Wan Ismail dengan sumbangan seekor lembu,” katanya lagi.-utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya