10kg tikus salai dari Vietnam dirampas - Utusan Malaysia

10kg tikus salai dari Vietnam dirampas

TIKUS salai dari Vietnam yang berjaya dirampas Maqis Pulau Pinang di pintu masuk LTAPP, Bayan Lepas, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BAYAN LEPAS:Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Pulau Pinang mengagalkan cubaan membawa masuk tikus salai dari Vietnam tanpa kebenaran di pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), di sini semalam.

Pengarah Maqis negeri, Muhammad Ikram Abd. Talib berkata, rampasan itu dilakukan hasil kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Katanya, tikus salai itu berjaya dikesan dengan bantuan mesin pengimbas JKDM dan pemeriksaan oleh pegawai Maqis yang bertugas di LTAPP.

”Tikus salai seberat 10 kilogram yang bernilai RM1,000 itu dijumpai semasa pemeriksaan bagasi terhadap seorang penumpang dari Vietnam.

”Perbuatan mengimport keluaran hasilan haiwan tanpa permit yang sah adalah menjadi kesalahan di bawah Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) yang boleh di hukum dibawah Seksyen 11(3), Akta yang sama,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, jika sabit kesalahan, pesalah boleh didenda tidak melebihi RMM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali.

Muhammad Ikram berkata, Maqis sentiasa mengambil langkah serius bersama agensi penguatkuasaan di sempadan dalam isu melibatkan keselamatan makanan, kawalan penyakit dan risiko kemasukan perosak yang boleh mengancam sektor pertanian negara.

”Seperti yang kita ambil maklum, tikus boleh menyebabkan penyakit berjangkit secara langsung dan tidak langsung.

”Tindakan penguatkuasaan undang-undang akan terus diperkasa bagi memastikan kawalan penyakit haiwan dan jaminan keselamatan makanan
terpelihara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya