1,000 lembu, kambing korban untuk asnaf, fakir di seluruh negara - Utusan Malaysia

1,000 lembu, kambing korban untuk asnaf, fakir di seluruh negara

Lembu korban
ASMA Harun melihat lembu-lembu ketika melawat ladang ternakan LTU dekat Sungai Yu, di Kuala Selangor, Selangor. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Sebanyak 1,000 ekor lembu dan kambing korban akan diagihkan di seluruh negara oleh Sahabat Amal Care (SAC) kepada asnaf dan fakir miskin sempena sambutan Hari Raya Aidiladha.

Penaungnya, Ustazah Asma Harun berkata, program tersebut dilaksanakan bersama Ladang Ternak Ummah (LTU) yang kini memasuki kali ketiga selepas penubuhannya pada Oktober 2020.

Menurutnya, proses penagihan daging korban yang disempurnakan di LTU akan dijalankan selama tiga hari di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

“Semua urusan penyembelihan, melapah dan bungkusan daging akan dilakukan di ladang ini dan kemudian akan digerakkan melalui 10 kontena sejuk beku untuk diagih di seluruh negara,” katanya ketika ditemui dekat ladangnya dekat Sungai Yu, baru-baru ini.

Beliau yang juga seorang pendakwah bebas terkenal itu menambah, seramai 5,000 terdiri daripada golongan sasar akan dikenalpasti dan dijangka menerima agihan daging berkenaan.

Jelasnya Asma lagi, pemberian agihan daging itu hasil daripada infak orang ramai yang melaksanakan ibadah korban melalui SAC.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan  pendaftaran ibadah korban bersama pihaknya pada tahun ini menunjukkan penurunan berbanding tahun lalu.

“Kita tahu ekonomi mencabar dan sangat perlahan, malah orang ramai pula ketika ini dilihat lebih cenderung melakukan ibadah korban di luar negara kerana harganya jauh lebih rendah.

“Namun, kami tetap perjuangkan pelaksanaan korban dalam negara kerana jumlah asnaf fakir dan miskin di negara ini semakin meningkat,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya