1.6 hektar Hutan Simpan Kuala Langat Selatan terbakar - Utusan Malaysia

1.6 hektar Hutan Simpan Kuala Langat Selatan terbakar

Hutan terbakar
PENGGUNAAN ekskavator untuk membersihkan dan menggali parit bagi mengawal kebakaran yang berlaku di kawasan Hutan Simpan Kuala Langat Selatan berhampiran Kampung Sungai Kelambu, Banting, di Kuala Langat, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kira-kira 1.6 hektar kawasan dalam Hutan Simpan Kuala Langat Selatan (HSKLS) terbakar dalam satu kejadian berhampiran Kampung Sungai Kelambu di Banting, Kuala Langat.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd. Noor berkata, kejadian tersebut dikesan berlaku sejak 29 Mei lalu berdasarkan laporan diterima pihaknya pada pukul 6.32 petang.

“Sepasukan 25 pegawai dan anggota termasuk dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) KLIA dan Banting berkejar ke tempat kejadian. Kebakaran berjaya dipadam sepenuhnya pada pukul 6.30 petang semalam.

“Kerja pemadaman melibatkan kawalan kebakaran oleh pasukan dari kedua-dua balai serta pemantauan perebakan api serta pembersihan parit yang masih diteruskan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS). JBPM Selangor turut menggunakan drone untuk pemantauan kawasan kebakaran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menambah, bagaimana pun tiada perebakan kawasan kebakaran berlaku, namun tube well diaktifkan sehingga esok dan bomba akan membuat pemantauan secara berjadual di lokasi berkenaan.

Pemadaman kebakaran dan pemantauan turut dilakukan oleh pasukan dari Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL), Pejabat Tanah dan Daerah (PTD), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya