1.37 juta album Aespa terjual hari pertama - Utusan Malaysia

1.37 juta album Aespa terjual hari pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARU dua tahun berkecimpung dalam industri muzik, kumpulan K-pop wanita ini sudah membuktikan pencapaian luar biasa. 

Aespa yang dianggotai empat ahli iaitu Karina, Giselle, Winter dan Ningning merekodkan penjualan album sebanyak 1.37 juta cetakan semasa hari pertama ia dilancarkan, 8 Mei lalu.  

Album mini ketiga berjudul My World turut mengandungi lagu hits seperti Salty & Sweet, Thirsty, Spicy dan Till We Meet Again. 

Pencapaian itu sekali gus merekodkan Aespa sebagai kumpulan K-pop wanita ketiga yang melepasi jualan album melebihi sejuta unit.  

Sebelum ini, rekod tersebut pernah dipegang oleh Blackpink menerusi album studio kedua berjudul Born Pink yang meraih jualan 1.01 juta cetakan. 

Le Sserafim pula merekodkan jualan 1.02 juta cetakan menerusi album studio pertama, Unforgiven, 2 Mei lalu. 

Sejak kemunculan mereka dalam industri muzik, Aespa berjaya memecahkan rekod peribadi bagi jualan album pratempahan dengan 1.8 juta cetakan sekali gus merekodkan kedua tertinggi dalam sejarah K-pop. 

Sebahagian besar daripada senarai lagu yang terkandung dalam album itu pernah dipersembahkan semasa konsert Synk: Hyper Line di Seoul, Februari lalu. 

Namun begitu, ia tidak menghalang versi yang dirakam menjadi lebih menarik sekali gus mempamerkan sisi kreativiti kumpulan ini.  

Aespa ditubuhkan di bawah syarikat pengurusan artis K-pop, SM Entertainment dengan single pengenalan Black Mamba. 

Nama kumpulan ini adalah gabungan perkataan bahasa Inggeris ‘ae’ yang bermaksud pengalaman Avatar X dan ‘aspek’ yang bermaksud dua bahagian. 

Gabungan itu simbolik individu dapat merasai pengalaman dunia baharu ketika bertemu ‘avatar’ iaitu bahagian diri yang lain.   

LUAR BIASA 

Aespa muncul dengan single digital Black Mamba pada 17 November 2020 dengan jumlah tontonan mencecah 21 juta pada hari pertama ia dilancarkan. 

Pencapaian itu sekali gus memecahkan rekod bagi video muzik paling banyak ditonton dalam tempoh 24 jam oleh kumpulan K-pop menerusi penampilan sulung mereka. 

Sebelum ini, rekod itu pernah dipegang oleh ITZY menerusi lagu Dalla Dalla. 

Pada 8 Januari 2021, satu lagi pencapaian luar biasa direkodkan apabila video muzik Black Mamba mencecah 100 juta tontonan hanya dalam tempoh 51 hari sahaja. Sehingga kini, video muzik tersebut sudah mencapai rekod 247 juta tontonan. 

Pencapaian luar biasa itu menarik minat majalah hiburan terkenal, People di Amerika Syarikat yang menyenaraikan Aespa sebagai ‘Artis Baharu Pecah Rekod dalam Landskap Muzik 2021’. 

DUTA GLOBAL

Aespa menjadi artis K-pop pertama dipilih sebagai duta global bagi jenama fesyen dan minyak wangi Perancis, Givenchy, pada 10 Februari 2021. 

Enam bulan selepas itu, Aespa menandatangani perjanjian dengan jenama kosmetik Korea Selatan, Clio, jenama penjagaan kulit, Mediheal serta jenama pakaian sukan Perancis, Eider. 

Bulan November tahun sama, kumpulan yang lincah menari ini terpilih sebagai duta bagi jenama wangian Itali, Acqua di Parma. 

Tahun lalu, Aespa dipilih sebagai duta global bagi jenama jam tangan Switzerland dan jenama perhiasan, Chopard.-AGENSI  

PROFIL EMPAT GADIS CANTIK: 

Nama pentas: Karina 

Nama asal: Yu Ji Min 

Tarikh lahir: 11 April 2000

Peranan: Ketua kumpulan, rapper

Bakat: Main piano


Nama pentas: Giselle

Nama asal: Uchinaga Aeri 

Tarikh lahir: 30 Oktober 2000

Peranan: Rapper utama, vokalis

Bakat: Main gitar 

Nama pentas: Winter 

Nama asal: Kim Min Jeong 

Tarikh Lahir: 1 Januari 2001 

Peranan: Vokalis dan penari utama

Bakat: Lakonan 

Nama pentas: Ningning 

Nama asal: Ning Yizhuo 

Tarikh lahir: 23 Oktober 2002 

Peranan: Vokalis utama 

Bakat: Main piano  

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya