PETALING JAYA: Jenama kopi kegemaran ramai, ZUS Coffee tampil sempena musim lebaran dengan pelbagai rasa minuman klasik dan baharu.
Ini termasuk Velvet Crème Latté panas dan ais berharga RM13.80. Minuman ini dihasilkan dengan rasa sempurna espreso yang diperkaya dengan susu sutera, ditambah dengan rasa crème brûlée manis yang pastinya memberikan kenikmatan raya.
Bagi penggemar matcha, ZUS Coffee juga mempunyai Velvet Crème Matcha Latté panas dan ais (RM 13.80).
Minuman ini mempunyai tekstur berkrim yang cair di mulut, mempunyai keseimbangan matcha sutera dan diperkaya dengan krim baldu yang mewah.
Jika anda penggemar mocha, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan Velvet Crème Mocha panas dan ais kami (RM13.80). Dengan teksturnya licin baldu, minuman mocha bliss ini adalah ramuan kopi yang sesuai di musim lebaran.
“Ramai di antara kita menghabiskan masa perayaan bersama keluarga dan rakan-rakan. Sempena sambutan Hari Raya yang hampir tiba, ZUS Coffee berharap kita dapat bersama-sama menikmati suasana kekeluargaan dengan orang tersayang,” kata Timbalan Pengarah Pembangunan dan Pemasaran ZUS Coffee, Stephy Foong.
Pada masa sama, pelanggan berpeluang menikmati diskaun bermula sekarang hingga 23 April di mana ZUS Coffee menawarkan promosi ‘Beli 1 Diskaun 50% untuk cawan ke-2’ (Tertakluk pada terma dan syarat).
ZUS Coffee juga menghasilkan video muzik Raya bertajuk ‘Jiwa Raya’ yang menggabungkan unsur lama dan baharu untuk mencipta irama tersendiri dan moden sambil memberi penghormatan kepada tradisi Aidilfitri.
Ia boleh ditonton di pautan https://www.youtube.com/watch?v=uB55PvzCt0g. – UTUSAN