YIPP 'hidupkan' semula surau Haji Mahmud Taib berusia 113 tahun

YIPP ‘hidupkan’ semula surau Haji Mahmud Taib berusia 113 tahun

SURAU ini dibina pada 1910 oleh seorang tukang kayu, Mohamed Sopian Abdul Wahab yang terkenal dengan kehalusan seni ukiran.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) mengambil inisiatif menghidupkan semula Surau Haji Mahmud Taib berusia 113 tahun yang terletak di Kubang Semang, Pulau Pinang.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd. Fitri Ibrahim, surau ini dibina pada 1910 oleh seorang tukang kayu, Mohamed Sopian Abdul Wahab yang terkenal dengan kehalusan seni ukiran.

Katanya, selain surau itu, Mohamed Sopian turut diberi tanggungjawab membina Istana Kenangan di Kuala Kangsar serta mimbar Masjid Dato Panglima Kinta di Ipoh.

“Surau yang terletak di atas tanah persendirian ini sudah lama tidak diimarahkan lebih 10 tahun memandangkan lokasinya terletak berdekatan dengan masjid.

“Bagi memastikan warisan bersejarah ini terus dihidupkan, maka pihak YIPP mengambil inisiatif mendapatkan kebenaran daripada tuan tanah untuk mengimarahkan semula surau ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Mohd. Fitri berkata, antara program yang bakal dilaksanakan untuk mengimarahkan semula surau ini ialah dengan melaksanakan Program Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) Menengah secara rutin pada setiap hari Isnin, Selasa dan Khamis.

Pada masa sama, pihak YIPP juga akan menganjurkan pelbagai program ilmu selain bercadang menganjurkan festival bagi menyambut ulang tahun surau yang ke 113 pada tahun ini.

 

MOHD. FITRI IBRAHIM

YIPP adalah agensi Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang dikawal selia oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP).

Antara objektif YIPP ialah merancang dan mempromosikan usaha untuk memperkukuhkan perkembangan pendidikan kepada pelajar muslim dengan mewujudkan peluang pendidikan.

Selain itu, pihaknya turut memberi bantuan dan mewujudkan akses kepada pendidikan dan peluang pendidikan di peringkat lebih tinggi bagi masyarakat muslim di Pulau Pinang.

YIPP sebelum ini bercadang menubuhkan sebuah sekolah Islam antarabangsa pertama di negeri itu mengikut konsep sama The International Modern Arabic School (IMAS) di Putrajaya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya