YBR peruntuk hampir RM100,000 latih 107 guru RBT

YBR peruntuk hampir RM100,000 latih 107 guru RBT

SYAIFUL Rizal Abdul Ghani (berdiri dua dari kanan); Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pembelajaran JPN Kelantan Mohd. Hassany Hashim; Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Wiba Prima, Amirul Iskandar Mannan dan Pengasas Drawzania.com, Dr. Ruzaimi Mat Rani sempat meninjau keadaan dan beramah mesra dengan guru-guru RBT yang hadir mengikuti latihan selama dua hari di Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Yayasan Bank Rakyat (YBR) memperuntukkan hampir RM100,000 bagi melatih seramai 107 guru mengikuti Kursus Komprehensif Teknik Mudah Melukis Untuk Mata Pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT), yang dijayakan dengan kerjasama Yayasan Wiba Prima.

Kursus itu melibatkan dua siri iaitu pada 11 dan 12 April membabitkan 57 guru Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan serta 50 guru di Pejabat Pendidikan Daerah Tangkak, Johor pada Mei depan.

Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani berkata, sebanyak 3,600 pelajar dianggarkan mendapat manfaat melalui guru-guru yang mengikuti kursus ini dan ia secara tidak langsung membantu kepada perubahan minda dan sikap ke arah membentuk generasi belia lebih bertanggungjawab, dinamik dan mempunyai daya kepimpinan baik.

katanya, kursus tersebut merupakan sebahagian daripada inisiatif YBR dalam membantu guru mengikuti modul visualisasi yang lengkap, dibekalkan peralatan mencukupi serta mendapat khidmat tenaga pengajar profesional terlatih dan berpengalaman.

“Sementara itu, galakan dan dorongan perlu diberikan kepada guru-guru bagi membantu mereka menguasai kemahiran melakar dan melukis bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran RBT dapat dilaksanakan dengan berkesan melalui idea-idea baharu,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, selain meningkat keupayaan guru-guru untuk melakar dan melukis, ia turut meningkatkan daya cipta guru dan serta secara tidak langsung daya cipta murid-murid.

Terdahulu, kursus memfokuskan pendedahan kepada guru RBT agar mahir melukis dan melakar menggunakan pendekatan Drawzania.

Antara latihan dan modul lain yang diberi penekanan adalah seperti asas teknik mudah melukis, teknik melukis menggunakan Drawzania serta aplikasi mudah melukis RBT.

Selain itu, kursus kemahiran yang dijalankan itu turut berobjektif membantu guru-guru menjadi lebih dinamik dan progresif dalam reka bentuk dalam mempertingkatkan lagi daya cipta dikalangan masyarakat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya