YBR agihkan 200 pek bubur lambuk - Utusan Malaysia

YBR agihkan 200 pek bubur lambuk

SYAIFUL Rizal Abdul Ghani (tiga dari kanan) mengacau bubur lambuk sempena Program Kongsi Rezeki Bubur Lambuk anjuran YBR di Masjid Ar Rashid, Kampung Kubang Perun, Padang Besar, Perlis.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG BESAR: Yayasan Bank Rakyat (YBR) mengagihkan sebanyak 200 pek bubur lambuk kepada penduduk setempat di Masjid Ar Rashid, Kampung Kubang Perun di sini.

Masjid berkenaan menjadi lokasi Program Kongsi Rezeki Bubur Lambuk anjuran YBR bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Belia 4B Parlimen Padang Besar bagi menyemarakkan suasana sambutan Ramadan.

Program itu berlangsung dalam suasana meriah dan ceria bermula daripada aktiviti gotong-royong untuk menyiapkan sebanyak 200 pek juadah popular itu yang turut disertai ahli kariah masjid serta penduduk tempatan.

Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani berkata, edaran bubur lambuk secara percuma dan sumbangan Ramadan ini adalah untuk berkongsi supaya masyarakat dapat menikmatinya.

Turut hadir, Rosli Osman yang mengetuai gotong royong persiapan bubur lambuk itu.

Program tersebut telah bermula sejak awal Ramadan lalu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya