Yayasan Petronas sumbang Bakul Rahmah sempena Ramadan

Yayasan Petronas sumbang Bakul Rahmah sempena Ramadan

BACHO Pilong (depan-lima kanan) bersama Siti Ayu Abdul Wahab (depan-enam kanan) semasa penyerahan Bakul Rahmah di Papar baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Yayasan Petronas baru-baru ini menyumbang sebanyak 450 bakul makanan kepada golongan kurang bernasib baik di Sabah dan Wilayah Persekutuan sempena bulan Ramadan.

Sumbangan melalui program “Memacu Kehidupan: Hari Raya Aidilfitri 2023” itu juga menyokong inisiatif Bakul Rahmah yang diperkenalkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Naib Presiden Kanan Pelaksanaan Projek dan Teknologi Petronas, Datuk Bacho Pilong berkata, melalui inisiatif Memacu Kehidupan, Yayasan Petronas akan terus menyumbang bagi meningkatkan kesejahteraan masyarakat.

Beliau berkata, program Memacu Kehidupan ini dirangka untuk menyediakan bukan sahaja makanan, tetapi juga untuk mewujudkan rasa kemasyarakatan dan sokongan semasa musim perayaan.

Program itu yang disokong Petronas Dagangan Bhd., Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah serta Jabatan Kebajikan Masyarakat.- utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya