Wisma Putra buka Bilik Operasi 24 jam pantau situasi krisis Sudan

Wisma Putra buka Bilik Operasi 24 jam pantau situasi krisis Sudan

SITUASI di Sudan yang bergolak mengorbankan lebih 50 nyawa dan kira-kira 600 orang cedera ekoran pertempuran bersenjata antara Angkatan Tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF). - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Luar melancarkan Bilik Operasi yang dibuka 24 jam bagi memantau keadaan semasa insiden ketegangan di Sudan ketika ini.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, selain itu, komunikasi secara berkumpulan melalui aplikasi WhatsApp turut dilaksanakan pihak Wisma Putra dengan seramai 29 warga Malaysia di sana.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, seramai 11 orang merupakan pelajar yang berdaftar dengan pihak kedutaan sementara tiga orang merupakan petugas di kedutaan dengan tanggungan lapan ahli keluarga mereka selain seorang rakyat Malaysia ialah staf Petronas sendiri.

“Selebihnya pula, melibatkan empat orang yang berkhidmat dengan Pertubuhan Bangsa Bersatu, seorang sukarelawan World Vision dan baki seorang lagi bekerja di sebuah hotel,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, kementerian berkenaan memaklumkan Kedutaan Besar Malaysia di Kompleks Petronas Sudan di Nile Avenue, Khartoum ditutup sementara waktu dengan semua urusan konsular dan diplomatik dipindah ke Rumah Malaysia yang menempatkan kediaman rasmi Duta Malaysia di Khalifa Abdulla Street, Al-Riyadh District.

Ia susulan perang saudara meletus semula melibatkan pasukan tentera Sudan dengan militia separa tentera, Rapid Support Forces (RSF) di ibu kota dan bandar-bandar besar dengan krisis bermula apabila pihak tentera nasional menuduh RSF melakukan aktiviti menyalahi undang-undang.

Ekoran ketegangan itu, semalam Wisma Putra mengadakan mesyuarat dengan pelbagai agensi termasuk Petronas, untuk meneliti langkah keselamatan rakyat Malaysia di sana disertai pegawai Majlis Keselamatan Negara (MKN), Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) Jabatan Perdana Menteri serta pihak polis.

Mesyuarat semalam ujarnya yang dipengerusikan Timbalan Ketua Setiausaha Hubungan Dua Hala kementerian itu, Datuk Norman Muhamad membincangkan pelbagai cadangan yang sesuai bagi memastikan keselamatan dan kebajikan warga Malaysia di sana terjamin ketika konflik.

Justeru, Zambry menasihatkan rakyat Malaysia yang berada di sana supaya berwaspada malahan tidak mengambil risiko untuk keluar dari rumah mereka buat sementara waktu.

Sebarang makluman dan tindakan lanjut akan dimaklumkan pihak Malawakil Malaysia di Khartoum dari semasa ke semasa menerusi pelbagai medium komunikasi boleh diakses. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya