Watie crop gambar Shuib, pakai sedondon merah jambu - Utusan Malaysia

Watie crop gambar Shuib, pakai sedondon merah jambu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas memuat naik gambar memakai baju raya sedondon semasa meraikan 1 Syawal kelmarin, bakal isteri baharu Shuib Sepahtu, Watie Hanifiah berkongsikan gambar terkini semalam.

Watie yang memuat naik gambar mengenakan persalinan berwarna merah jambu mengundang komen ramai selepas gambar pelakon, pelawak dan penyampai radio yang berada di sisinya dipotong sehingga hanya menampakkan bahagian sip-sipi sahaja.

Perkongsian itu disertakan dengan keterangan Hari Raya kedua sehingga dihujani respons netizen.

“Shuib tengok sipi telinga pun tahu dah dia orangnya,” tulis warga maya.

“Sama cantik sama padan. Moga dipermudahkan,” kata netizen.

“Nasib baik dia crop, kalau tak mesti kita tak tahu yang itu Shuib,” komen pengguna media sosial lain.

Sebelum ini, bapa empat cahaya mata itu memaklumkan bakal menyambut Aidilfitri bersama Watie kerana merupakan waktu terbaik mengadakan pertemuan antara keluarga mereka.

Shuib menamatkan spekulasi mengenai hubungannya dengan usahawan itu selepas mengumumkan Jun depan sebagai tarikh mereka disatukan sebagai pasangan suami dan isteri.

Shuib pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi, Siti Sarah Raisuddin sebelum arwah meninggal dunia akibat Covid-19 pada 9 Ogos 2021.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurnikan empat anak iaitu Uwais Alqarni, 11; Dzahira Talita Zahra, 9; dan Ariq Matin, 7, dan Ayash Affan, 2.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya