Wanita maut kemalangan di KESAS - Utusan Malaysia

Wanita maut kemalangan di KESAS

Wanita maut
REMUK keadaan kedua-dua kereta selepas terlibat dalam kemalangan di KM35 Lebuhraya KESAS arah Shah Alam di Shah Alam, Selangor, malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seorang wanita maut selepas kereta jenis Proton Wira dinaikinya terlibat dalam kemalangan bersama sebuah kenderaan Honda City dekat Kilometer (KM) 35 Lebuhraya Shah Alam (KESAS) arah pusat bandar ini, tengah malam tadi.

Mangsa, Shamini Murugan, 27, maut ditempat kejadian berhampiran susur Plaza Tol Seafield sementara seorang lagi mangsa Hisheendran Thayal, 27, mengalami cedera ringan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.34 berhubung kemalangan membabitkan dua kenderaan itu sebelum tiba di lokasi 10 minit kemudian.

“Sepasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang dikerahkan ke tempat kejadian. Ketika tiba di sana, kesemua mangsa yang terlibat di keluarkan oleh orang awam sebelum bomba sampai.

“Dua orang mangsa hanya mengalami kecederaan ringan dan seorang mangsa perempuan dewasa disahkan meninggal dunia oleh pegawai Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mangsa kemudian dibawa ke hospital berdekatan untuk tindakan lanjut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya