Wanita dihumban dari jambatan - Utusan Malaysia

Wanita dihumban dari jambatan

Wanita
AHMAD Ridhwan Mohd. Nor @ Saleh menunjukkan sebatang rotan yang dirampas polis berhubung insiden seorang wanita dicampak dari Jambatan Kampung Sawah Padi, Banting, di Kuala Langat, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Seorang wanita berdepan detik mengerikan apabila dibelasah sekumpulan lelaki sebelum dicampak dari sebuah jambatan ke dalam sungai di Jambatan Kampung Sawah Padi, Banting di sini pada awal pagi, Khamis lalu.

Kejadian tersebut berlaku apabila mangsa dikatakan menegur teman serumahnya yang sering membuat bising kerana menghisap dadah dan minum minuman keras sebelum dibawa ke jambatan berkenaan dengan menaiki motosikal rakannya.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superitendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Saleh berkata, kejadian yang dipercayai berlaku kira-kira pukul 2 pagi dekat sebuah rumah dua tingkat di daerah itu.

“Pada 13 April, kira-kira pukul 3.25 pagi, polis menerima maklumat daripada orang awam melalui panggilan yang mengatakan terdengar suara orang meminta tolong di bawah jambatan.

“Mangsa iaitu seorang wanita warga tempatan berusia 52 tahun yang bekerja sebagai tukang cuci dekat sebuah bank tempatan berjaya diselamatkan oleh orang awam yang kemudian menghantarnya ke Hospital Banting bagi mendapatkan rawatan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau menjelaskan, siasatan awal mendapati, sebelum dicampak, mangsa dipukul dengan senjata tajam dan rotan sehingga menyebabkan kecederaan pada tiga jadi dan pergelangan tangan kiri.

Tambah Ahmad Ridhwan, hasil siasatan juga polis menangkap lima lelaki warga tempatan berusia 30-an dekat lima buah rumah sekitar Banting antara pukul 1 hingga 6 petang pada Khamis lalu.

“Polis turut merampas sebuah kereta Proton Perdana dan sebatang rotan. Ujian saringan dijalankan mendapat tiga daripada mereka positif dadah jenis metamfetamin dan ganja.

“Kesemua suspek direman selama empat hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 364 dan 326 Kanun Keseksaan, iaitu mengakibatkan kecederaan parah. Sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 10 tahun,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya