Video raya SK Guar Nangka runtun hati netizen - Utusan Malaysia

Video raya SK Guar Nangka runtun hati netizen

ANTARA babak yang meruntuh hati netizen sewaktu menonton video raya dihasilkan oleh Sekolah Kebangsaan Guar Nangka, Arau, Perlis. -UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Video raya pendek yang dihasilkan oleh Sekolah Kebangsaan (SK) Guar Nangka, di sini, menyentuh hati penonton menerusi lakonan mantap dipamerkan dan turut mendapat maklum balas positif daripada netizen.

Perkongsian klip video bertajuk ‘Raya Bersama 2023’ yang berdurasi 6:39 minit itu telah mencatatkan jumlah tontonan yang tinggi walaupun baharu sahaja dimuat naik pada 16 April lalu.

Setakat pukul 12 tengah hari ini, video raya itu telah merekodkan sebanyak 27,000 jumlah tontonan menerusi saluran Youtube milik Halmey Hamdah.

Manakala, menerusi laman aplikasi TikTok, perkongsian video itu setakat ini menerima sebanyak 16,800 tanda suka dengan mendapat sebanyak 2,400 perkongsian daripada netizen.

Di samping itu, kebanyakan netizen turut meluahkan rasa kagum dan tersentuh dengan penyampaian naratif penceritaan disampaikan oleh pelakon terlibat terdiri daripada murid SK Guar Nangka bersama komuniti setempat di sini.

Pengarah video pendek itu, Nor Halmey Hamdah berkata, sebahagian idea bagi menghasilkan jalan cerita video raya itu diambil berdasarkan situasi sebenar yang berlaku sebelum ini dan telah melalui proses olahan terlebih dahulu.

Dia yang juga merupakan guru kaunseling di SK Guar Nangka berkata, pengalamannya bertugas sebagai pendidik selama 20 tahun telah digunakan bagi menghasilkan karya berkenaan bagi menyampaikan mesej tersirat kepada para penonton.

“Kita ingin tunjukkan bahawa guru-guru yang merupakan pendidik akan berusaha sebaiknya bagi memastikan tiada mana-mana murid mereka ketinggalan khususnya dalam menyambut hari perayaan ini,” katanya.

Dalam pada itu, Nor Halmey berkata, lokasi bagi penggambaran video raya itu juga dilakukan sekitar kawasan Chuping, Padang Melangit dan Behor Inai berikutan mempunyai latar belakang yang indah.

Tambahnya, SK Guar Nangka juga pernah meraih Anugerah Platinum Sekolah Kebangsaan bagi penghasilan video pendek Mat Kilau anjuran Jabatan Pendidikan negeri pada tahun lalu.

“Alhamdulillah, sambutan diterima menerusi video raya ini juga baik malah ramai orang turut memuji sinematografi yang dihasilkan dalam karya kami ini,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya