Turapan jalan besar-besaran di Selangor dalam masa terdekat - Utusan Malaysia

Turapan jalan besar-besaran di Selangor dalam masa terdekat

IZHAM HASHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Jalan raya di Selangor akan jalani kerja-kerja turapan secara besar-besaran membabitkan perbelanjaan sehingga RM50 juta dalam masa terdekat berbanding Mac seperti dimaklumkan sebelum ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Pertanian, Izham Hashim berkata, projek tersebut akan dilaksanakan bermula di kawasan yang paling banyak dilaporkan berlaku kerosakan.

“Kita sudah bincang secara menyeluruh mengenai projek ini sebelum sambutan Aidilfitri dan sudah diteliti satu persatu. Jadi ia akan berjalan selepas ini menggunakan dana khas Kerajaan Negeri. Tak ganggu mana-mana peruntukan,” katanya seperti dilaporkan SelangorKini.

Terdahulu, Kerajaan Negeri Selangor mengumumkan sejumlah RM145 juta diperuntuk untuk meningkatkan sistem jaringan jalan raya tahun ini bagi memberi keselesaan kepada pengguna yang semakin bertambah.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata sebanyak RM40.98 juta diagih kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk melaksanakan pembinaan jalan baharu di beberapa lokasi.

Izham sebelum ini dilaporkan memberitahu kerja-kerja penurapan jalan secara besar-besaran di negeri ini melibatkan peruntukan bernilai RM50 juta bermula Mac ini.

Menurutnya, banyak kelemahan dalam penyelenggaraan jalan sehingga menyebabkan banyak aduan berhubung dengan jalan persekutuan, justeru penyelesaian tersebut memerlukan peruntukan khas.

“Rakyat tidak kira sama ada jalan dibawah pentadbiran negeri mahupun persekutuan. Bagi mereka jika jalan di Selangor pasti bawah bidang kuasa negeri itu. Sedangkan kita tidak boleh guna bajet kerajaan negeri untuk menurap atau membaiki jalan persekutuan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya