Tumpu keselamatan kebakaran di rumah elak bencana - Utusan Malaysia

Tumpu keselamatan kebakaran di rumah elak bencana

SAADON Mokhtar (dua,kiri) menyaksikan demonstrasi memadam kebakaran sempena Kempen Keselamatan Musim Perayaan JBPM Pulau Pinang di pusat beli-belah Mydin Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang hari ini. - Pix: SITI NUR MAS ERAH AMRAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEPALA BATAS: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri memberi tumpuan khusus terhadap keselamatan kebakaran di rumah dalam kalangan masyarakat bagi mengurangkan risiko bencana menjelang musim perayaan Aidilfitri.

Pengarahnya, Saadon Mokhtar berkata, keprihatinan berhubung aspek keselamatan kebakaran yang diterapkan dalam diri individu dapat memastikan keselamatan diri dan keluarga lebih terjamin.

“Kami kena beri lebih tumpuan keselamatan kebakaran di rumah kerana berbanding premis perniagaan, kita boleh kawal menerusi pelaksanaan undang-undang, saman dan notis jika mereka ingkar.

“Bagaimanapun, senario berbeza di kediaman dan kami perlu meningkatkan kepekaan penghuni menerusi taklimat dan kempen yang dilaksanakan.

“Justeru, kita akan perhebatkan lagi kempen ini bagi memastikan bencana kebakaran dapat dikurangkan,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Kempen Keselamatan Musim Perayaan JBPM Pulau Pinang di pusat beli-belah Mydin Bertam, di sini hari ini.

Saadon berkata, berdasarkan statistik dari awal tahun sehingga ke hari ini, sebanyak 724 kes kebakaran direkodkan di negeri ini.

“Selain itu, bagi Ops Raya tahun lalu, sebanyak 216 kes kebakaran dicatatkan berbanding 157 kes pada tahun 2021.

“Kita kesan ada berlakunya peningkatan kes apatah lagi baru-baru ini berlakunya kebakaran yang mengakibatkan kehilangan nyawa tiga individu.

“Justeru, masyarakat dinasihati untuk berwaspada dan jangan lakukan pembakaran terbuka kerana cuaca panas serta angin kuat boleh menyebabkan api merebak dengan pantas,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya