Tuanku Syed Faizuddin lawat Balai Islam An-Nur, TNB

Tuanku Syed Faizuddin lawat Balai Islam An-Nur, TNB

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail dipersembah taklimat mengenai kompleks Balai Islam An-Nur, TNB di Bangsar, Kuala Lumpur.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEMANGKU Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan melawat Balai Islam An-Nur Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Bangsar, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Ketibaan baginda disambut Pengerusi TNB, Datuk Abdul Razak Abdul Majid; Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Indera Ir. Baharin Din dan Ketua Hal Ehwal Islam TNB, Fajuri Mamat.

Baginda dipersembah taklimat mengenai kompleks tiga tingkat tersergam indah yang berkeluasan 1.67 hektar dan memiliki tiga ruang solat yang boleh memuatkan seramai 2,850 jemaah itu.

Ia turut menempatkan pejabat dan kuarters staf Unit Hal Ehwal Islam TNB, dewan seminar, kafeteria, ruang parkir dua tingkat dengan kapasiti 206 lot serta perkhidmatan pengurusan jenazah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya