Nahas 'Double Six': Kemalangan atau rancangan? -Warisan

Tragedi Double Six: Rungkai tuduhan konspirasi

BANGKAI pesawat Nomad 9M-ATZ yang terhempas di perairan cetek berdekatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada 1976 mengorbankan 11 orang termasuk Fuad Stephens. - GAMBAR WIKIPEDIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU : Pendedahan laporan tragedi Double Six akan merungkai pelbagai andaian dan prasangka yang sekian lama terbuku dalam hati dan pemikiran rakyat Sabah mengenai tuduhan konspirasi politik dalam kejadian nahas pesawat berkenaan.

Pendedahan laporan itu penting dalam menegakkan keadilan bagi keluarga mangsa nahas pesawat yang berlaku pada 6 Jun 1976.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Julita Majungki berkata, pendedahan laporan itu perlu demi menjawab persoalan yang telah sekian lama dituntut dan ditunggu rakyat Sabah, khususnya keluarga mangsa yang terlibat.

Beliau berkata, pendedahan itu juga dapat memberi kelegaan kepada rakyat Sabah yang kehilangan beberapa pemimpin ulung mereka secara mengejut dan tidak diduga ketika itu.

Malah, beliau yakin pendedahan laporan itu akan membolehkan kerajaan persekutuan dan negeri mengambil tindakan selanjutnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Matunggong itu berkata, keputusan kabinet persekutuan untuk mendedahkan kepada umum laporan tragedi Double Six selepas 47 tahun memang tepat pada masanya.

Menurut beliau, pendedahan laporan itu bukan soal mengambil masa yang lama atau tidak, tetapi ia demi memberitahu kepada umum tentang kebenaran mengenai tragedi tersebut.

“Kebenaran itu amat penting kepada keluarga mangsa dan rakyat Sabah yang selama ini mahu tahu kebenaran disebalik tragedi tersebut.

“Lebih baik terlewat daripada tidak didedahkan langsung. Akhirnya keluarga yang terlibat dapat menjalani kehidupan dengan tenang,” katanya.

Pada Rabu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa kerajaan akan menyahklasifikasi laporan siasatan persekutuan mengenai nahas pesawat pada 6 Jun 1976 itu dan laporan penuh akan didedahkan kepada umum oleh Kementerian Pengangkutan minggu depan.

Tragedi Double Six adalah nahas pesawat Nomad 9M-ATZ keluaran Australia yang berlaku pada 6 Jun 1976 di Kota Kinabalu yang mengorbankan 11 orang mangsa termasuk Ketua Menteri Sabah, Tun Fuad Stephens serta menteri-menteri kerajaan negeri termasuk Datuk Salleh Sulong, Datuk Peter Mojuntin dan Datuk Chong Thien Vun.

Turut terkorban ialah pembantu menteri Darius Binion, Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Sabah Wahid Peter Andau, Isak Atan (Setiausaha Sulit kepada Menteri Kewangan ketika itu Tengku Razaleigh Hamzah), Koperal Said Mohammad (pengawal peribadi Tun Fuad Stephens), juruterbang Kapten Gandhi Nathan dan Johari Stephens (anak sulung Tun Fuad Stephens).

Pesawat yang dikendalikan oleh Sabah Air itu dalam perjalanan dari Labuan terhempas di Sembulan ketika menghampiri Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

Sementara itu, Parti Warisan menegaskan bahawa rakyat Sabah berhak mengetahui perkara sebenar di sebalik misteri kemalangan udara atau tragedi ‘Double Six’ pada 6 Jun 1976 yang mengorbankan Ketua Menteri Sabah ketika itu, Tun Fuad Stephens bersama beberapa menteri lain.

Ini kerajaan, keputusan Kerajaan Malaysia ketika itu yang tidak mendedahkan laporan siasatan malah meletakkannya di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA), menimbulkan 1001 persoalan jika benar kemalangan itu adalah kebetulan atau rancangan pihak tertentu mengorbankan Ketua Menteri pertama negeri itu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Penerangannya, Datuk Mohd. Azis Jamman berkata, mengikut pemahamannya, sejak tragedi dan pemergian pemimpin berkenaan, banyak hak-hak Sabah terhakis termasuk perjanjian petroleum yang ditandatangani antara Kerajaan Sabah dan Persekutuan.

“Ramai orang Sabah membuat tanggapan selagi laporannya tidak didedahkan. Timbul persoalan, adakah kemalangan ini dirancang atau ia memang satu kecelakaan yang tidak dijangka?

“Kita perlu tahu kerana ia sampai ke tahap kerajaan Malaysia meletakkannya di bawah OSA selama puluhan tahun, tanpa mengambil kira perasaan, suara, perjuangan waris dan keluarga mangsa serta rakyat Sabah. Adakah melibatkan satu pengkhianatan berlaku dalam kes ini atau sebaliknya?

“Seperti mana kejadian berlaku terhadap pesawat MH17 dan MH370, kalau ada siasatan akan dimaklumkan. Sebab ini melibatkan kepentingan banyak pihak. Jika benar ‘Double Six’ satu kemalangan, apa puncanya? Adakah terdapat rancangan atau ada hubungan yang saling berkaitan?,” soalnya ketika dihubungi semalam.- utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya