Tol Rahmah percuma 4 hari bermula esok - PM

Tol percuma empat hari di 33 lebuh raya bermula esok

ANWAR Ibrahim pada perutusan khas sempena Aidilfitri di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan melaksanakan pemberian tol percuma iaitu pengecualian bayaran tol selama empat hari untuk dinimkati semua pengguna jalan raya pulang ke kampung halaman masing-masing sempena sambutan Aidilfitri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pengecualian tol melalui Tol Rahmahj bermula esok, 19 April hingga 21 April dan juga pada 24 April.

“Pelaksanaan Tol Rahmah percuma akan melibatkan 33 lebuh raya bagi  semua kelas kenderaan.

“Ikhtiar ini dapat mengurangkan kos bayaran tol bagi rakyat yang akan pulang beraya di kampung halaman masing-masing serta memudahkan perancangan perjalanan balik ke kampung,” katanya dalam sidang akhbar perutusan khas sempena perayaan Aidilfitri, di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya