Tol percuma: Kad TnG, SmartTag tetap perlu disentuh

Tol percuma: Kad TnG, SmartTag tetap perlu disentuh

Orang ramai boleh mengguna kad debit untuk membayar tol di 11 lebuh raya mulai hari ini. - Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengguna diingatkan untuk memastikan penggunaan kad Touch ‘n Go (TnG) dan SmartTAG masih perlu disentuh di plaza tol, manakala pengguna teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) perlu masuk dan keluar dari lebuh raya menggunakan lorong RFID. 

Menurut Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), langkah itu perlu diambil bagi mengoptimumkan inisiatif tol percuma yang bermula hari ini sehingga 21 April dan 24 April depan. 

Katanya, tiada bayaran tol dikenakan atau ditolak daripada kad dan e-dompet TnG, selain pengguna akan menikmati tol percuma ketika melalui plaza tol atau plaza tol keluar bagi lebuh raya yang beroperasi secara sistem tol tertutup sepanjang tempoh yang ditetapkan.

“LLM menyambut baik pengumuman kerajaan melaksanakan inisiatif tol percuma bermula hari ini sehingga 21 April dan 24 April ini bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

“LLM menjangkakan jumlah peningkatan trafik bagi kenderaan yang menggunakan tiga lebuh raya utama iaitu Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Lebuhraya KL-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur 1 akan meningkat sehingga 2.3 juta kenderaan sehari sempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri. 

“Pertambahan jumlah kenderaan ini dijangka akan berla

ku secara berperingkat bermula hari ini sehingga 7 Mei nanti,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, LLM berkata, Pusat Pengurusan Trafik (TMC) di bawah kelolaannya akan beroperasi selama 24 jam bermula hari ini sehingga 26 April depan bagi membantu pengguna lebuh raya mendapatkan maklumat trafik terkini. 

“Status trafik akan dikemaskini di media sosial rasmi LLM dan Syarikat Konsesi seperti di Facebook rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia dan Twitter @llmtrafik atau menghubungi Pusat Pengurusan Trafik, LLM di talian 1-800-88-7752,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya