Tingkatkan amal ibadat di akhir-akhir Ramadan - Utusan Malaysia

Tingkatkan amal ibadat di akhir-akhir Ramadan

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail (kiri) berkenan menyempurnakan penyerahan peruntukan sumbangan MAIPs berjumlah RM25,000 untuk tujuan pengimarahan Ramadan kepada lima buah pusat dan rumah kebajikan di sekitar Perlis di Masjid Nurul Hikmah Wang Bintong, Kangar, Perlis semalam.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Usaha menggandakan amal ibadah dan amalan kebajikan di penghujung Ramadan hendaklah sentiasa diberikan perhatian dan tidak dilepaskan oleh seluruh umat Islam.

Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, fasa akhir bulan yang berkat ini, umat Islam turut diseru untuk menggandakan amalan kebajikan termasuk menyuburkan amalan berwakaf.

Sehubungan itu, titah baginda, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) telah menyediakan pelbagai peluang kepada masyarakat untuk melaksanakan ibadah berwakaf bersempena bulan kesedaran berwakaf peringkat negeri Perlis pada bulan Ramadan ini.

“Antara inisiatif projek wakaf yang sedang diperkenalkan adalah Pusat Rawatan Katarak berkonsepkan wakaf dengan kerjasama Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar, sumbangan wakaf prasarana di Pusat Autisme Perlis dengan kerjasama Kementerian Pendidikan, Wakaf Khadamat yakni wakaf perkhidmatan selain wakaf am,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian selepas berkenan menyempurnakan penyerahan peruntukan sumbangan MAIPs berjumlah RM25,000 untuk tujuan pengimarahan Ramadan kepada lima buah pusat dan rumah kebajikan di sekitar negeri Perlis tahun ini di Masjid Nurul Hikmah Wang Bintong di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Simbolik penyerahan tersebut yang disempurnakan baginda diterima oleh Timbalan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri, Rusdi Ishak bagi pihak lima buah rumah kebajikan terbabit.

Rumah kebajikan tersebut ialah Rumah Seri Kenangan Jejawi, Rumah Kanak-Kanak Arau, Pusat Jagaan Warga Emas Rumah Sejahtera Batu Bertangkup, Rumah Sejahtera Warga Emas Baitul Hanan Behor Mali dan Pusat Jagaan Teratak Rahmat Mata Air.

Sumbangan wakaf masyarakat itu boleh terus melalui MAIPs dengan melayari www.maips.gov.my.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya