Tiga projek ‘sakit’ Kementerian Kesihatan lewat hingga 45 peratus

Tiga projek ‘sakit’ Kementerian Kesihatan lewat hingga 45 peratus

ZALIHA Mustafa (kanan) melawat tapak projek menaik taraf Hospital Papar hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Tiga projek ‘sakit’ di bawah Kementerian Kesihatan yang berada di Sabah mengalami kelewatan antara 11 hingga 45 peratus.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, tiga projek ‘sakit’ itu termasuk Hospital Papar, Hospital Beaufort dan Klinik Kesihatan Sikuati, Kudat.

Beliau berkata, berdasarkan perkembangan terkini, pembinaan Hospital Papar mengalami kelewatan kira-kira tiga bulan (11.72 peratus) manakala, Hospital Beaufort mengalami kelewatan selama setahun enam bulan (45.97 peratus) dan Klinik Kesihatan Sikuati mengalami kelewatan hampir sembilan bulan.

Katanya, tiga projek itu antara 12 projek ‘sakit’ di bawah Kementerian Kesihatan di seluruh negara yang berada di bawah kementeriannya.

Bagi pembinaan bangunan tambah Hospital Papar, perkembangannya sudah memasuki 62 peratus siap sejak mula dibina pada tahun 2017 dengan anggaran kos awal sebanyak RM98.5 juta.

“Ia agak terbelakang sikit daripada jangkaan kita kerana kita meyasarkan 70 peratus.

“Kelewatan berlaku kerana kita berhadapan dengan pandemik Covid-19, tiga tahun projek ini tidak dapat berjalan. Tapi, ada juga faktor-faktor lain yang dikenalpasti seperti penyediaan pekerja oleh kontraktor dan juga bahan binaan.

“Kita telah lihat perkembangan maka, kita akan terus menjalankan perbincangan dan pemantauan antara kementerian bersama Jabatan Kerja Raya, kontraktor dan beberapa pihak berkepentingan agar kita boleh memacu terus projek ini,” katanya selepas lawatan projek menaik taraf Hospital Papar hari ini.

Menurut Zaliha, pada Mei ini akan ada perkembangan terbaru apabila masalah berkaitan jentera/mekanikal dan elektrikal diselesaikan. Projek ini dijangka siap menjelang hujung tahun ini dan akan beroperasi pada Mac tahun depan.

“Dengan terbinanya bangunan baharu Hospital Papar ini, ia akan dapat memberi manfaat kepada lebih 100,000 penduduk sekitar. Ia satu berita baik kepada penduduk Papar,” katanya.

Projek menaik taraf Hospital Papar ini melibatkan pembinaan wad dengan tambahan 84 katil yang merangkumi wad pediatrik, wad wanita dan wad lelaki.

Selain itu, perkhidmatan yang bakal disediakan kepada pesakit termasuk kecemasan dan trauma; pengimejan (X-Ray), farmasi satelit, dewan pembedahan serta perkhidmatan yang berkaitan.- utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya