Tiga penunggang motosikal maut rempuh belakang treler

Tiga penunggang motosikal maut rempuh belakang treler

DUA daripada motosikal ditunggang mangsa yang terlibat dalam kemalangan maut meragut tiga nyawa di Tanjung Musang, Alor Setar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Tiga penunggang motosikal maut dan seorang lagi parah apabila empat buah motosikal dinaiki mereka merempuh belakang sebuah treler di Tanjung Musang, di sini malam tadi.

Mangsa yang meninggal dunia ialah lelaki berusia 19, 21 dan 23 tahun, sementara remaja lelaki yang parah berusia 14 tahun.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian pada pukul 10.50 malam.

Katanya, kesemua kenderaan terlibat bergerak dari arah sama iaitu dari Alor Setar menghala ke Jabi.

“Kemalangan dipercayai berlaku selepas treler tersebut bergerak dari sebuah stesen minyak ke laluan utama setelah selesai mengisi minyak.

“Kemudian ketika berada pada jarak kira-kira 40 meter dari simpang keluar stesen minyak dan bergerak terus di lorong kiri, kenderaan berat tersebut secara tiba-tiba dirempuh empat motosikal pada bahagian belakang,” katanya di sini hari ini.

Katanya, akibat perlanggaran itu, tiga penunggang motosikal disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Seorang lagi penunggang motosikal mengalami kecederaan di bahagian muka dan tangan dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini untuk rawatan lanjut,” ujarnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya