Tiga lelaki terlibat judi dalam talian ditahan - Utusan Malaysia

Tiga lelaki terlibat judi dalam talian ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Polis menahan tiga lelaki dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Ipoh Timur di sini semalam, kerana dipercayai menjalankan kegiatan perjudian dalam talian.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, kesemua suspek berusia antara 27 hingga 36 tahun itu ditangkap dalam serbuan pada pukul 3 petang.

Katanya, serbuan itu dilakukan oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh.

“Dalam serbuan tersebut, kita merampas pelbagai barangan komputer yang disyaki digunakan untuk kegiatan judi dalam talian.

“Antara yang dirampas ialah lapan unit monitor, empat unit pemprosesan komputer (CPU), satu unit modem internet, lapan unit telefon bimbit dan satu unit tablet serta wang tunai kira-kira RM1,000,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Tambah beliau, kesemua suspek direman sehari pada hari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 4(1)(G) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya