Tiada kompromi isu integriti - Utusan Malaysia

Tiada kompromi isu integriti

SHAMSUL ANUAR Nasarah (dua,kanan) dan Acryl Sani Abdullah Sani (kiri) menyampaikan sumbangan duit raya pada majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni dan Iftar KDN di Dewan Komuniti Polis Marin Wilayah Satu, Batu Uban, Pulau Pinang malam ini ini. - Pix: SITI NUR MAS ERAH AMRAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Penjawat awam khususnya warga jabatan Kementerian Dalam Negeri (KDN) diingatkan supaya tidak berkompromi dalam aspek melibatkan integriti ketika menjalankan tugas dan amanah yang diberikan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata, ketua jabatan dan agensi bertanggungjawab melakukan pemantauan supaya penjawat awam tidak melanggar undang-undang yang akan menjejaskan integriti dan nama baik kerajaan secara keseluruhan.

“Integriti sangat penting apatah lagi penjawat awam berkhidmat menerusi agensi dan jabatan yang berhadapan dengan rakyat yang menjadi mata dan telinga kerajaan.

“Segala langkah yang kita ambil diperhatikan dan rakyat juga menilai kualiti perkhidmatan kerajaan serta agensi-agensinya.

“Walaupun begitu, saya berkeyakinan kita akan terus komited dalam melaksanakan tanggungjawab dan terus bekerja untuk berbakti kepada rakyat,” katanya.

Beliau berucap pada majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni dan Iftar KDN di Dewan Komuniti Polis Marin Wilayah Satu, Batu Uban di sini malam ini yang turut dihadiri Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

Dalam majlis sama, seramai 100 asnaf disantuni dan menerima sumbangan duit raya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya