Tiada arahan Sivakumar bercuti - Loke

Tiada arahan Sivakumar bercuti – Loke

ANTHONY LOKE SIEW FOOK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tiada arahan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk ‘cutikan’ Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke susulan perkembangan terkini siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Sivakumar berhubung kes kelulusan pekerja asing.

Bagaimanapun, Loke berkata, kerajaan sedang memantau rapi perkembangan kes tersebut.

“Setakat ini tidak ada arahan daripada Perdana Menteri untuk Sivakumar mengambil cuti.

“Yang pertamanya beliau (Sivakumar) bukan suspek kes ini, beliau beri kerjasama sebagai menteri. Kita masih pantau perkembangan terbabit buat masa ini,” katanya menerusi sidang akhbar di sini hari ini.

Sebelum ini, Sivakumar yang juga Timbalan Setiausaha Agung DAP dilapor hadir ke Ibu Pejabat SPRM pada Ahad bagi merekodkan kenyataan berhubung kes berkenaan.

Difahamkan, Sivakumar didakwa menerima wang secara tunai oleh seorang ahli perniagaan yang juga ditahan SPRM bersama dua pegawai kanannya sebelum ini.

Terdahulu, media melaporkan SPRM menggeledah pejabat dan kediaman Sivakumar, dikatakan bagi melengkapkan siasatan kes yang sedang disiasat agensi berkenaan.

Khamis lalu, SPRM menahan pegawai kanan Sivakumar selepas dipercayai bertindak sebagai ‘runner’ bagi mengutip rasuah daripada ejen-ejen tertentu untuk diberikan kuota pengambilan pekerja asing membabitkan rasuah bernilai RM97 juta.

Sehari selepas itu, seorang lagi pegawai kananya turut ditahan berhubung kes sama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN