Tiada aduan kenaikan harga sepanjang SHMMP Aidilfitri

Tiada aduan kenaikan harga sepanjang SHMMP Aidilfitri

SALAHUDDIN AYUB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tiada sebarang aduan kenaikan harga melampau sepanjang tempoh Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa (SHMMP) 2023.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, maklumat itu diperoleh hasil maklumat dan pemantauan penguat kuasa KPDN di seluruh negara.

Beliau berkata, kebanyakan pengguna berpuas hati dengan pelaksanaan SHMMP Aidilfitri 2023 yang bermula 15 April lalu itu dengan 30 jenis barangan ditetapkan menerusi skim itu.

“SHMMP Aidilfitri 2023 tamat hari ini dan saya dapat maklumat tiada langsung aduan atau bantahan berkenaan kenaikan harga atau pelanggaran harga maksimum yang ditetapkan.

“Saya ucap terima kasih kepada peniaga yang mematuhi skim ini. Alhamdulillah, kosong (tiada langsung aduan kenaikan harga),” katanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan Aidilfitri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Sri Satria di sini, hari ini.

Katanya, KPDN sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan serta pelbagai pihak lain termasuk media bagi memastikan skim itu berjalan lancar.

Salahuddin berkata, sebagai contoh, isu kekurangan bekalan telur di Kelantan dan Terengganu sebelum 1 Syawal baru-baru ini tidak begitu serius, malah ia berjaya diatasi dengan segera.

“Jadi tidak timbul langsung masalah semasa musim perayaan ini. Namun, kita akan bekerja lebih kuat untuk memastikan rantaian bekalan mencukupi,” katanya. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya