MARANG: Seorang pemandu treler menjana pendapatan tambahan dengan menghasilkan pelita buluh menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini. Mohamad Azmizan Abdul Ghani, 39, dari Kampung Merchang di sini berkata, dia menerima tempahan lebih 1,000 batang pelita buluh sejak awal Ramadan lalu. Menurutnya, permintaan pelita buluh masih tinggi kerana kebanyakan pelanggannya mahu memeriahkan suasana malam tujuh likur di halaman rumah dengan keindahan cahaya pelita tradisi itu. Katanya, dia menjual sebatang pelita buluh sepanjang kira-kira satu meter yang mempunyai enam sumbu dan dua lubang untuk mengisi minyak itu dengan harga RM10 hingga…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya