'Terima kasih Dr. Noor Hisham untuk 35 tahun cemerlang'

‘Terima kasih Dr. Noor Hisham untuk 35 tahun cemerlang’

NOOR Hisham Abdullah diraikan pada majlis persaraan beliau di Kementerian Kesihatan, Putrajaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Terima kasih atas sumbangan dan khidmat bakti selama 35 tahun dalam Kementerian Kesihatan (KKM).

Itu penghargaan diberikan Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah yang akan bersara wajib Jumaat ini.

Dr. Zaliha berkata, terlalu banyak penglibatan dan pencapaian Dr. Noor Hisham dalam sektor perubatan sama ada di dalam negara mahupun di peringkat global.

“Tempoh 35 tahun perkhidmatan yang begitu bermakna dan dimanfaatkan sepenuhnya untuk membina perkhidmatan kesihatan rakyat Malaysia agar setanding dengan negara luar.

“Saya percaya khidmat beliau tidak terhenti di sini bahkan khidmat tersebut masih diperlukan untuk pembangunan perubatan dan kesihatan negara.

“Saya mewakili Kementerian Kesihatan ingin mengucapkan Selamat Bersara dan setinggi-tinggi ucapan terima kasih Dr. Noor Hisham,” katanya menerusi hantaran di Facebook selepas meraikan majlis persaraaan Dr. Noor Hisham di Ibu Pejabat KKM semalam.

Sementara itu, Dr. Noor Hisham menerusi hantaran di Facebook hari ini turut berkongsi beberapa rangkap pantun sempena persaraannya.

“Kapal layar kemudi cermat, bijak nakhoda melawan gelora; 35 tahun setia berkhidmat, tiba detiknya waktu bersara.

“Langit dan mega luas terbentang, kadangnya cerah yang gelap menanti teruskan berjasa pimpinan mendatang, yang patah tumbuh yang hilang berganti,” katanya.

Dr. Noor Hisham adalah antara watak utama negara dalam berdepan situasi pandemik Covid-19 yang melanda Malaysia sejak 2020 hingga 2021.

Soal pengganti Dr. Noor Hisham sebagai Ketua Pengarah Kesihatan yang baharu belum kedengaran dan mungkin akan diumumkan dalam masa terdekat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya