TDM bina lima pos sempadan baharu di Sarawak

TDM bina lima pos sempadan baharu di Sarawak

Mohammad Ab Rahman (duduk tengah )menandatangani buku lawatan ketika lawatan kerjanya di Kem Taktikal Balai Ringin, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALAI RINGIN: Tentera Darat Malaysia (TDM) kini sedang membina tiga pos baharu di sepanjang sempadan Malaysia-Indonesia tahun ini.

Panglima Tentera Darat Jeneral Datuk Seri Mohammad Ab Rahman berkata manakala dua lagi akan dibina tahun depan bagi memperkasakan keselamatan sempadan negeri itu.

“Tiga pos baharu yang sedang dalam pembinaan ialah Pos Rapak Baru di Sri Aman, Pos Tetangga Akrab di Serian dan Pos Mengkalap di Limbang.

“Malah kita akan berusaha membina lebih banyak pos sempadan yang akan dijalankan secara berperingkat. Bagaimanapun tahun ini kita akan memberi tumpuan kepada tiga pos tersebut, tahun depan kita akan bina dua lagi pos,” katanya ketika ditemui media dalam lawatan kerjanya ke Kem Taktikal Balai Ringin lewat petang semalam.

Untuk rekod, sehingga kini terdapat 17 pos kawalan sempadan di Sabah dan Sarawak.

“Saya juga berterima kasih kepada kerajaan Sarawak atas sokongan mereka kerana telah menyokong dalam setiap apa yang kita laksanakan terutamanya bila berkenaan dengan pembangunan pos-pos di sempadan ini

Terdahulu, beliau turut melawat pos sempadan baharu di Pos Batu Kaya dekat Lubok Antu yang telah siap pada 31 Julai 2022.

“Kita sudah ada pos sedia ada di Lubok Antu tetapi pos baharu ini lebih dekat dengan sempadan.

“Pos Lubok Antu yang lebih lama terletak kira-kira lima hingga tujuh kilometer dari sempadan manakala Pos Batu Kaya adalah yang paling hampir dengan sempadan dan tidak jauh dari pos imigresen kami,” tambahnya.

Turut hadir Panglima Timur Medan Tentera Darat Lt Jen Datuk Mardzuki Muhammad, Panglima Infantri Divisyen Pertama Mejar Jen Hassan Embong, Penolong Ketua Staf Operasi dan Latihan (ACOS OPLAT) Mejar Jen Malek Razak Sulaiman, dan Panglima Briged Ketiga Infantari Malaysia Brig Jen Mohd Kamil Abdul Latiff.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN