SEORANG pemuda tidak menang tangan menyiapkan tempahan tanjak bagi memenuhi permintaan para pelanggan untuk dipakai pada Hari Raya Aidilfitri minggu depan, termasuk warga Malaysia yang berada di Australia.
Abdul Hakim Ismail, 28, dari Pengkala Chepa, Kelantan turut menerima tempahan warga Singapura yang berminat mendapatkan tanjak tersebut. Untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini, dia menerima 500 tempahan.
Jenis tanjak yang menjadi pilihan pelanggan ialah Gajah Mengamuk, Anderi guru Selebu, Dendam Tak Sudah dan Mahkota Alam yang mana setiap satu produk dihasilkannya itu dijual antara harga RM70 hingga RM200. – UTUSAN