Tangguh semua aktiviti luar bilik darjah - Utusan Malaysia

Tangguh semua aktiviti luar bilik darjah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Semua aktiviti luar bilik darjah perlu ditangguhkan jika cuaca terlalu panas sebagai langkah pencegahan menghadapi keadaan cuaca panas atau sebarang keadaan cuaca yang di luar jangkaan.

Kementerian Pendidikan da­lam kenyataan memaklumkan, itu antara tujuh langkah pencegahan yang perlu dilaksanakan semua Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan semua institusi pendidikan di bawah KPM.

Menurut kementerian itu, antara langkah pencegahan lain ialah memantau aktiviti yang boleh mendedahkan murid kepada keadaan cuaca panas bagi memastikan kesihatan mereka tidak terjejas.

“Bagi kawasan yang bacaan IPU (Indeks Pencemaran Udara) melebihi 100, semua aktiviti di luar bilik darjah yang melibatkan murid hendaklah dihentikan.

“Memastikan bekalan air minuman bersih mencukupi di institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan dan menggalakkan murid membawa air minuman sendiri,” katanya.

Menurut kementerian itu, semua murid perlu digalakkan mengambil air minuman dalam kuantiti yang sesuai bagi me­ngawal suhu badan.

Katanya, murid-murid asrama harus dibekalkan air minuman sekiranya keadaan kritikal dan tiada sumber lain bagi mendapatkan air minuman.

“Sentiasa berwaspada serta bekerjasama dengan klinik dan hospital berdekatan sekiranya berlaku sebarang komplikasi ke atas murid akibat cuaca panas.

“Semua institusi pendidikan bawah kementerian dinasihati agar sentiasa mengikuti garis panduan yang telah ditetapkan,” katanya.

Pada masa sama, Kementerian Pendidikan mengingatkan institusi pendidikan perlu peka dengan perkembangan semasa melalui media mengenai fenomena jerebu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya