SHAH ALAM: Tandas Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam dekat Seksyen 9, di sini, dilapor mengalami kebakaran akibat litar pintas dalam satu kejadian pada tengah malam tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Selangor, Morni Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 12.16 dan tiba bersama sepasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam, enam minit kemudian.
“Semasa sampai di lokasi didapati kebakaran melibatkan litar pintas di tingkat 1 IPD Shah Alam Bangunan tiga tingkat kelas A. Kebakaran berlaku di dalam tandas berkeluasan 10×10 kp terbakar satu peratus. Tiada mangsa yang terlibat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN