MACA dibuka tiga minggu lagi

Tanah runtuh: Akademi SPRM dibuka tiga minggu lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bangunan Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) yang terjejas dengan insiden tanah runtuh pada 25 April lalu dijangka boleh dibuka dan digunakan semula dalam tempoh kira-kira tiga minggu lagi iaitu pada 18 Mei ini. 

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pembukaan semula kawasan itu dibuat selepas bekalan elektrik dan air serta sistem kumbahan dipulihkan, selain laluan sementara siap dibina. 

Beliau berkata, perkara itu hasil penerangan yang diterimanya daripada  Ketua Pengarah Kerja Raya, Datuk Ahmad Redza Ghulam Rasool dan pasukan Cawangan Kejuruteraan Cerun Jabatan Kerja Raya (JKR). 

“Secara spesifik, tempoh tiga minggu itu diperlukan bagi membolehkan kerja sementara dilaksanakan. Antaranya ialah pemasangan tarpaulin sheet ke atas permukaan cerun terdedah yang bermula pada 26 April. 

“Selain itu, pemasangan sheet pile dan pembinaan laluan akses sementara selama dua minggu bermula hari ini hingga 12 Mei; pemasangan Early Warning System (EWS) sebanyak enam nos sudah dibuat semalam manakala empat nos lagi akan dipasang setelah kerja-kerja sheet pile selesai. 

“Pemasangan utiliti sementara pula mengambil masa dua minggu yang melibatkan Tenaga Nasional Berhad (TNB), Air Selangor, Telekom Malaysia dan sistem air kumbahan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini. 

Dalam pada itu, Alexander berkata, kerja-kerja pembaikan kekal dijangka mengambil masa maksimum selama dua tahun yang melibatkan beberapa bahagian. 

Katanya, antaranya kerja ukur; kajian penyiasatan tapak (SI); proses perolehan dan kerja pembinaan selama 12 bulan. 

“Saya memohon kerjasama semua pihak supaya mematuhi arahan pihak berkuasa bagi mengelakkan kejadian tidak diingini,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya