Sumbangan MK Land kepada masyarakat - Utusan Malaysia

Sumbangan MK Land kepada masyarakat

ANAK yatim yang diraikan pada majlis berbuka puasa dan pemberian duit raya anjuran MK Land di BMLR dekat Bagan Serai baru-baru ini. – UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MK Land Holdings Berhad (MK Land) meraikan 40 anak yatim pada majlis berbuka puasa dan pemberian sumbangan duit raya di Bukit Merah Laketown Resort (BMLR) di Bagan Serai.

Anak yatim yang menghadiri majlis itu daripada rumah kebajikan setempat dan ada yang dipilih oleh empat masjid di Kerian iaitu Masjid Kampung Selamat, Masjid Kampung Balik Bukit, Masjid Kampung Gajah dan Masjid Tebuk Panchor selain Surau Bukit Merah.

Pengerusi Ekskutif MK Land, Felina Mustapha Kamal berkata, majlis itu merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat syarikat dan menggalakkan aktiviti kemasyarakatan.

Katanya, MK Land terus komited terhadap usaha menyumbang kembali kepada masyarakat.

MK Land turut memberikan sumbangan raya kepada 457 kakitangannya sebagai menghargai jasa perkhidmatan mereka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya